SEJARAH

Sekolah ini telah didirikan sekitar tahun 1958 dengan daya usaha penduduk Kg. Tanjung Jawa. Ianya terletak berhampiran dengan tepi sungai. Sewaktu itu ada terdapat 96 orang murid. Penduduk dan murid mulai berkurangan apabila tiba air pasang sebulan dua kali menyebabkan kampung ini digenangi air. Pada waktu itu tiada ban yang boleh menghalang dari air melimpah keseluruh kampung ini menyebabkan penduduk kampung ini berpindah ketempat lain iaitu ke Kampung Baru dan Seberang Kota. Sekolah ini dikategorikan Sebagai Sekolah Kurang Murid ( SKM ) dimana jumlah murid hari ini hanya tinggal 20 orang sahaja. Dengan terdirinya Desa Kasih maka bilangan murid adalah seramai itu, jikalau tidak hanya tinggal 6 orang sahaja.

No comments:

Post a Comment